Beli Bitcoin Dengan Luno Exchange

“Kau tak perlu beli seluruh bitcoin pun.” — Anonymous
Benar, ia tidak disangkal lagi.

Changelog:

Update 10 - 29/12/2020:

  • Fixed: How referral works in Beli Bitcoin
  • Some more wording fixes

Update 9 - 1/12/2020:

  • Updated Luno level table in Daftar
  • Beberapa lagi update dalam post

Update 8 - 24/11/2020:

  • removed Luno notice at the top of the page
  • About Luno includes link to SC registered DAX

Update 7 - 7/6/2020:

Update 6 - 15/5/2020:

  • moved to new domain (aemxn.xyz/arkib)

Update 5 - 28/3/2020:

Update 4 - 14/5/2019:

  • added a personal note at the top of the post.

Update 3 - 8/5/2018:

  • added more Telegram group community in Malaysia

Update 2 - 3/12/2017:

Update 1 - 22/11/2017:

Kandungan: #

  1. About Luno
  2. Beware of scammers
  3. Daftar
  4. Beli Bitcoin
  5. Menggunakan wallet address
  6. Menjual dan withdraw ke bank
  7. Trading (Advanced)
  8. Luno Fees
  9. Securing your Bitcoins
  10. Sertai komuniti

Nota Penulis: Sebelum nak invest dalam cryptocurrency atau nak beli bitcoin, pastikan kau tahu apa benda tu bitcoin dan cryptocurrency. Ia bukan MLM atau skim cepat kaya (baca section Beware of scammers) yang kau boleh “masuk” dan terus jadi kaya. No. Market masih tak stabil dan volatility sangat tinggi, hence it’s a very high risk gamblinginvestment.

Buat due diligence sendiri terlebih dahulu. Tiada istilah YOLO dalam crypto market. Kecuali kau seorang pemain judi paling power di Genting Highlands.

Aku sarankan kau hadam kan list of Bitcoin Resources ni dulu dan gapai cukup cukup teknologi Blockchain.

0. About Luno #

Guna laman sesawang Luno: luno.com, atau download Luno apps di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Tapi, kenapa Luno? Ada beberapa lagi exchange platform yang support MYR seperti Coinhako, Localbitcoins (P2P), Remitano (P2P) etc. Lagi satu yang neat nya, ada feature exchange yakni acah-acah nerd main dengan candlestick chart untuk trading.

Article ni akan banyak memakai screenshot dari website berbanding app, pasal senang nak screenshot guna desktop. Basically sama je interface website dengan app, jadi boleh faham dengan mudah kot.

Luno juga sudah tersenarai sebagai Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar bawah SC Malaysia (bukti), jadi tak perlu gusar dan ragu tentang duit yang dilaburkan.

Update:
Sejak Luno dah ada cryptocurrency lain, interface dia ada kelainan sikit dengan apa yang aku dah screenshot dalam post ni. Tapi mostly sama je, jadi takde masalah untuk ikut dengan interface yang baru tu.

Btw, aku bukan wakil penjual nama Luno, dan aku tak bekerja dengan mereka pun.

1. Beware of scammers #

Note: Aku letak benda ni paling atas pasal nak bagitahu betapa pentingnya untuk kau tahu kewujudan pencuri dalam internet bila main dengan hal duit.

Kisah Bitcoin dekat Malaysia mengikut observasi aku, mostly tahu dari satu website ni nama dia BitKingdom. Aku pun taktahu lah cemana tetiba Bitcoin jadi mainstream dekat Malaysia ni. Sebelum ni mungkin miners la yang aktif main Bitcoin, rupa nya bila tanya, ramai kata dia tahu pasal website tu. Actually website tu adalah salah satu website skim ponzi yang menggunakan nama Bitcoin untuk menjalankan bisnes mereka. BitKingdom menggunakan scheme yang dikenali sebagai MMM (bukan MLM) but still a ponzi scheme tetap ponzi bila dah main piramid tu (walaupun aku tahu BK supporters akan kata “kami takde sistem piramid, kami hanya Provide Help dan Get Help aje! yada yada et cetera”).

Biasa lah, fiat currency pun ada juga scam orang buat. Tengok forex scam tu semua. Sama je. Bila dah masuk dunia cryptocurrency ni, istilah scam yang sama digunapakai iaitu:

  1. Ponzi
  2. HYIP (High-yield investment program)
  3. “Sign up now and earn 10% per day” <-- typical scam abadi

Actually, tak kisah lah kau nak invest dekat mana pun. Duit kau, bukan duit aku lol. Tapi elok lah aware dengan benda ni. Apa-apa pun, kau boleh refer dekat sini untuk tengok list scam site yang berkaitan dengan Bitcoin (and other cryptocurrencies): https://www.badbitcoin.org/

2. Daftar #

Register account #

Kalau dah 2017 tapi masih tak reti nak register account online, taktau lah aku nak cakap apa.

register

  • Masukkan email address
  • Masukkan password
  • Pilih negara
  • Tekan Sign Up

Iklan:
Sign up guna invite link aku: https://www.luno.com/invite/8VV3D
Tak wajib pun, tapi kalau nak tolong kawan tekan je lah hehe ✌ Thanks.

Confirm melalui email #

Email confirmation link akan dihantar dekat email yang kau masukkan tadi. Jadi pergi masuk email dan tekan link dalam tu.

confirm_email

Verify account #

Lepas dah verify email, masa untuk verify account Luno pulak.

confirm_email

Dalam verify identity ni, kau kena upload dokumen tentang diri kau. Ni adalah satu daripada policy AML/KYC. Tanpa benda ni, mereka takleh nak verify siapa kau, pasal kita main dengan duit sebenar.

Jadi sila lah upload gambar IC kau. Guna phone camera pun boleh. Janji nampak secara details benda yang tertulis atas IC tu.

Proses ni ambil masa sikit lah untuk di validasi atas sebab ikut office hour.

Verification levels #

Account verification ni ada beberapa level untuk kau deposit/withdraw duit:

Level Deposit/Withdrawals Requirements
1 Basic personal details
2 RM 10,000 Government-issued ID
3 Unlimited Proof of residential address

Info lebih lanjut, di sini: https://www.luno.com/en/countries#levels.

3. Beli Bitcoin #

Fund account #

Jadi sekarang kau dah settle semua, pekerja Luno pun dah percaya dekat kau, maka mari lah kita letak duit dalam account kita.

Langkah pertama adalah masukkan duit dalam account.

Iklan lagi (sorry):

  1. Buka menu Rewards dan tekan pada Enter A Code.
  2. Letak promo code ni: 8VV3D (referral code aku lol).
  3. Tekan Apply Code.
  4. Thanks 🙏


    Jadi, kalau member pakai promo code kau, untuk transaction instant RM 250 pertama dia, korang berdua akan dapat free RM 25 (dalam bitcoin). (Lanjut)

referral_code

Kemudian, dalam menu tadi, buka Accounts pula. dalam Accounts ni ada dua kategori account, BTC Account dan MYR Account (Setakat aku menulis ni, BTC je ada. Mana tahu masa merekan ada cryptocurrency lain.).

accounts

Jadi seterusnya, dekat MYR Account ada dua button iaitu Fund dan Withdraw. Tekan pada Fund untuk masukkan duit dari bank.

Guna Interbank GIRO/IBFT. Basically, ada dua bank primary yang Luno accept yakni CIMB dan Maybank. Boleh tekan All other banks kalau nak deposit dari bank selain tu. Jadi pilih salah satu.

banks

Skrin seterusnya memaparkan tentang berapa banyak kau nak deposit ke account kau. Kata kan lah kau anak dato baru nak berjimak dengan Bitcoin, kau letak RM 1000. Jadi, dah boleh mintak duit dekat papa sekarang lah. Preach sikit pasal Bitcoin, mana tahu dia sangkut en, boleh join trade sesama minum kopi dekat kedai mamak Ali Maju.

deposit

Lepas tekan next, akan keluar skrin Bank Deposit ni. Basically, nak bagitahu deposit details untuk kau deposit dekat account Luno ni.

deposit_details

Update (1/12/2020): Aku rasa dah tak payah buat benda ni kot sejak Luno dah boleh direct transfer dari bank. Tapi kalau dia minta juga reference code, buat aje lah.

Gambar atas ni contoh je. Untuk step ni, pergi ke online banking website (eg. Maybank2u, CIMB Click, etc) dan buat transfer duit dekat account number yang diberi. Make sure semua info betul.

Guna code dalam kotak hijau tu sebagai Reference Note. Tulis betul betul, typo sikit maka duit tu masuk account lain (kasi takut ciked).

Bila dah settle semua, simpan resit(!) dan tekan button I have sent the payment dalam skrin tadi. Luno akan notify bila payment dah masuk. Mungkin ambil masa sikit lah, around 2-3 days. Kalau tak masuk masuk boleh lah contact support dia dan bagi resit transfer duit tadi.

Buying your first BTC #

Ingat, kau tak perlu beli seluruh bitcoin pun.

Anggap lah duit kau dah masuk dekat MYR Account. Boleh tengok dekat menu Accounts tadi. Untuk tengok details, tekan dekat MYR Account tu. Situ kau boleh tengok transaction history dalam MYR Account kau.

available_balance

Seterusnya, untuk beli Bitcoin dengan MYR yang telah di fund tadi, pergi ke menu Home. Tekan dekat Buy.

buying

Letakkan seberapa banyak MYR yang hendak di beli. Contohnya kau dah fund RM 1000, dekat atas tu ada tulis Available balance dari MYR Account tadi. Jadi tulis RM 1000 dekat ruang MYR tu. (p/s: aku switch untuk guna Luno Android app interface, pasal dekat web takleh show skrin ni)

buying_bitcoin

Lepas tu tekan dekat button bulat merah dengan arrow atas tu untuk pergi ke skrin seterusnya.

Note dekat bawah tu optional. Sukahati lah nak tulis ke tak. Kalau aku, aku tulis, pasal mudah nak tahu kenapa aku buat transaksi ni.

Tekan lagi button bulat tu untuk masukkan PIN untuk confirmation.

???

Done.

4. Menggunakan wallet address #

Note: Step ni mungkin untuk orang yang dah tahu macam mana Bitcoin berfungsi (intermediate).

Kalau kau dah ada Bitcoin dan ingin buat trading dalam Luno, boleh deposit Bitcoin tu ke dalam wallet Luno kau. Secara default, satu wallet address akan di-generate selepas kau dah create account dalam Luno Exchange. Wallet address ni adalah satu alamat untuk kau deposit Bitcoin dari tempat lain. Contohnya, kalau kau ada Bitcoin dalam wallet lain (Electrum, Xapo, Blockchain Wallet, etc), kau boleh guna wallet address Luno ni untuk terima Bitcoin dari wallet wallet tersebut.

Wallet address ni berbentuk huruf dan nombor yang sangat merapu. Sebagai contoh: 17A16QmavjUfWW11DAApiJxp7ARnxN5pGX_

Receive dari wallet lain #

Pergi ke Home dan tekan Receive. Di sini, ada dua tabs Transactions dan Addresses di mana kau boleh tengok past transaction kau dalam Luno Exchange ni.

Jadi untuk mendeposit Bitcoin dari wallet lain, tekan Addresses. Bawah tu akan keluar listing address. Kalau nak generate baru, tekan Add address.

3_wallet_address

Tekan salah satu daripada wallet address tu, akan keluar details wallet berkenaan.

3.1_wallet_details

Langkah seterusnya adalah untuk send Bitcoin dari wallet lain kepada wallet address ni. Boleh juga guna QR code scanner feature yang ada dalam wallet app berkenaan untuk send Bitcoin.

Proses penerimaan mungkin mengambil masa bergantung kepada fee dan confirmation. Lagi tinggi fee, lagi cepat confirmed.

Send ke wallet lain #

Pergi ke Home tadi, dan tekan Send. Ini kalau kes sesiapa yang takut Luno Exchange ni tiba tiba down or kena hack, boleh lah hantar ke wallet personal memasing. Sila lihat section 6 post ni untuk tips securing your Bitcoin.

3.2_sending_bitcoin

Skrin yang terpapar ialah beberapa details yang kau kena isi. Yang ada * tu adalah wajib. Isikan alamat destinasi, amount penghantaran dan reference note (optional).

Kena ambil note juga, kata nya large amounts may not be processed instantaneously. Pasal security reasons, amount yang melebihi 10 BTC akan di proses secara manual oleh pekerja Luno. Boleh tengok dekat sini untuk schedule penghantaran.

5. Menjual dan withdraw ke bank #

Proses ni adalah untuk kau convert BTC ke MYR sebelum kau nak withdraw ke bank. Step sebelum ni kita dah cover pembelian (MYR ke BTC) dan sekarang ni untuk tukar BTC ke MYR pula. Also, aku akan cover cara nak withdraw ke dalam bank.

Menjual BTC ke MYR #

4.1_selling_screen

Pergi ke Home dan tekan More akan keluar option action yang boleh di buat dalam Luno ni. Pilih Sell Bitcoin.

4.2_selling_details

Akan keluar skrin ni di mana kau kena letak berapa nilai Bitcoin yang kau nak jual untuk di convertkan kepada MYR. Dalam contoh atas ni, aku nak convert 0.01 BTC. Sistem akan calculate based on market rate per BTC dan kau boleh tengok dekat row You are getting: tu berapa banyak RM kau dapat kalau jual waktu tu.

Yang progress bar warna biru tu adalah timer. Button Sell tu akan disable bila timer tu habis. Ni untuk tujuan confirmation kau untuk menjual pada rate waktu tu, pasal rate BTC kan tak tentu. Mana tahu masa kau tekan Sell tu tetiba harga turun ke. Sempat la nak ubah fikiran.

Selepas dah sold Bitcoin tadi, nilai MYR akan dimasukkan dalam account MYR. Boleh tengok balance dekat Accounts bawah MYR Account panel. Duit MYR ni boleh digunakan untuk withdraw ke bank atau buat apa-apa trading dalam Luno.

Withdraw ke bank #

Pergi balik ke Home dan tekan More. Kali ni pilih Withdraw money pulak.

4.3_withdrawing

Withdraw punya page akan keluar. Straightforward lah, malas aku nak cerita dalam ni. Basically, pilih bank yang kau nak transfer duit tu, masukkan amount dan tekan Withdraw.

Berapa lama duit tu nak masuk bank, kau tanya? Baca sini, jangan jadi malas.

6. Trading (Advanced) #

Topik ni agak heavy untuk aku cover dalam satu post. Mungkin in the future aku akan buat post lain, ni sebagai introductory je. Lagipun aku tak expert pun dalam trading ni. Tapi aku share juga lah pengalaman aku main trade dalam Luno app.

Dalam bahasa mudah, jual mahal, beli murah atau kata orang putih nya buy low, sell high. Jadi, bila masuk dalam candlestick chart, kita nak tengok bila masa harga murah dan bila masa harga mahal dalam timeline tu. Dari situ kita boleh predict harga selepas saat ini, berapa nilai nya. Ada beberapa perkara kena tengok juga selain candlestick chart, iaitu indicator. Kalau siapa terror baca indicator ni, dia memang dah expert lah. Indicator yang aku selalu pakai ialah RSI dan MACD. Indicator ni sebenarnya di generate dari mathematical equation berdasarkan nilai dan volume trading (dan sebagainya). Selepas itu ia di unjurkan dalam bentuk graph.

Benda ni dipanggil sebagai Technical Analysis (TA) iaitu analysis secara teknikal terhadap sesebuah market. Fundamental Analysis (FA) pulak adalah analisis background terhadap sesebuah market.

Dalam Luno, kita boleh main benda ni dalam Exchange. Pergi ke app atau website, dan pilih Exchange. Akan nampak paparan macam ni.

exchange_luno

  • Order Book: memaparkan volume orang menjual (merah) dan membeli (hijau) dalam bentuk dua column table. Boleh tengok berapa banyak total amount orang membeli dan menjual untuk sesebuah harga (secara kolektif).
  • Trades: sama je dengan Order Book cuma ia tunjuk waktu paling last trade dibuat.
  • My Orders: adalah history order/trade yang kau dah buat dalam exchange ni.

exchange_luno_candlestick

Kalau kau tekan icon macam kilat kat atas tu, kau akan dibawa ke skrin yang atas ni. Ini lah dia nama dia candlestick chart, yang orang main saham selalu tengok tu. Ada caranya untuk baca benda ni. Setiap inci dan lidi lidi tu ada maksudnya.

Reading resources #

Kalau nak belajar sikit sikit pasal TA boleh baca ebook ni, mudah dan ringkas. Ebook ni ceritakan pasal beberapa jenis candlestick dan indicator yang wujud dalam dunia ni. Walaupun ia ditujukan oleh stock market dan forex traders, ia juga boleh di apply dalam crypto market.

Also, kalau nak article trading yang berkaitan dengan Bitcoin, boleh baca article Medium ni yang sangat membantu aku untuk faham the nature of crypto market.

Ebook ni pulak menceritakan pasal whale theory, di mana seorang whale membuat pump and dump dalam market DOGE/BTC untuk menakutkan ikan-ikan kecil yang sedang seronok bermain dalam laut.

Trading exchanges #

Selain Luno, ada juga platform lain untuk main trading. Personally, aku selalu pakai Poloniex & Bittrex pasal dia support banyak cryptocurrency dan takde fiat currency, which means aku boleh deposit BTC aku dan straight trade dalam tu.

Untuk Android app pula, aku pakai TabTrader. Boleh integrate dengan banyak exchange dan trade straight dari phone di dalam traffic jam. f*** yeah!

7. Luno Fees #

tl;dr

Action Fee
Trading dalam exchange Maker-taker
Send ke address Dynamic
Receive dari address Free
Send/receive guna email/phone no Free
Withdrawal ke bank 10 sen
Deposit dari bank Free

Fee yang dikenakan dalam Luno dah di explain kat sini.

Untuk Send to Bitcoin Address, fee adalah dynamic mengikut network. Explanation yang detail tentang fees boleh rujuk di sini. Kalau fee tinggi tu jangan complain la pasal network fee untuk transaction bitcoin sekarang ni memang tinggi pasal network agak congested.

Aku ada sembang tentang hal scaling bitcoin dalam post sebelum ni dalam section Scalability. Itu pasal kita ada SegWit upgrade tempohari untuk kurang kan fee. Tapi belum banyak client yang pakai benda ni lagi.


Tips untuk dapatkan withdrawal fee yang murah:

Untuk nak buat withdrawal dari Luno BTC wallet ke wallet exchange (Bittrex, Poloniex, Binance etc), fee nya agak mahal. Jadi, cara nak kasi murah sikit ialah tukar BTC ke ETH (since Luno dah accept ETH pairing), then hantar ETH tersebut ke wallet ETH exchange tersebut, then either tukar balik ETH tu kepada BTC (dengan membeli BTC) atau beli terus altcoin dengan guna ETH tu. At least, ETH transaction fee masih murah.

  1. Dari Luno: convert BTC -> ETH
  2. Dari Luno: send ETH -> exchange wallet, eg. Bittrex
  3. Dari Bittrex: buat apa-apa yang kau nak buat

Edit: XRP lagi murah (lol)


8. Securing your Bitcoins #

Enable 2-Factor Authentication (2FA) #

Aku sarankan sangat untuk enable kan benda ni dalam apa apa jenis app yang sensitive. Luno boleh enable kan 2FA dalam Settings page. Kena pakai Google Authenticator atau Authy (NOT recommended), FreeOTP+ (recommended, open-source, juga ada di fdroid) untuk enable kan setting ni.

Fungsi dia, setiap kali kau nak login ke account Luno, kau kena bagi sebuah code yang di generate dari app authenticator ni. Jadi, ada satu lagi layer selepas email dan password.

Simpan BTC dalam non-custodial wallet #

custodial-vs-non-custodial

Non-custodial: wallet yang bagi kau private key, kau ada full control terhadap fund kau. Sebaliknya, custodial wallet bermaksud wallet yang private key nya dipegang oleh centralized exchange seperti Binance, Bitfinex, Poloniex, etc. Ini penting, sebab not your keys, not your coins. Kalau exchange tu down atau kena seize oleh pihak polis, GG.

Ada banyak wallet app dekat luar sana kau boleh cuba. Non-custodial wallet yang aku recommend adalah Electrum (desktop), Samourai (Android), Blockstream Green (iOS). Dan juga kalau perlukan sekuriti dan privasi yang jitu: Wasabi (privasi) atau Casa (sekuriti). Dan ini semua hanyalah untuk Bitcoin. Cryptocurrency lain ada wallet nya tersendiri.

Ikut step 4 kat atas tu untuk send/receive Bitcoin dari wallet.

Backup private keys/phrase #

Untuk meningkatkan lagi daya tahan pegangan Bitcoin dalam tangan kau, kena lah buat backup fizikal. Ada dua feature backup yang mostly wallet app sediakan iaitu backup private key dan recovery phrase.

  1. Private key ni boleh generate sekali je iaitu masa proses generate wallet. Jadi kalau hilang atau dicuri maka pencuri berkenaan boleh akses wallet kau guna apa apa jenis wallet Bitcoin yang ada atas muka bumi ni. Serius. Private key boleh di print dalam bentuk QR atau pergi sini untuk dapatkan idea printing benda ni dalam bentuk physical. Disarankan untuk print, sebab mana tahu kau hilang file dia dalam komputer ke, ada backup fizikal.

  2. Recovery phrase pulak adalah phrase yang di generate oleh wallet app kalau kau terlupa password untuk akses. Benda ni pun boleh kau tulis dalam kertas sebab ia merangkumi english words je. Jadi, in case password terlupa dan ada backup fizikal yang kau tulis dalam kertas, boleh recover balik wallet berkenaan.

Juga diingatkan, simpan private key file dalam Dropbox atau mana mana cloud service adalah tidak digalakkan. Cloud service sangat insecure. Selain itu, harus ditekankan, recovery phrase ini hanya boleh digunakan dengan wallet yang sama kau guna untuk generate phrase ni sahaja.

Ya, nak secure sovereign digital token ni memang susah :)

Hardware wallet #

ledger-wallet

Nak lagi hardcore physical backup? Guna hardware wallet macam Ledger. Aku tak pernah pakai benda ni, tapi orang kata senang nak mampus dan secure as f***. Ia berfungsi macam pendrive di mana kau cucuk wallet ni dari USB port dan boleh buat transaksi melalui Ledger.

9. Sertai komuniti #

Sini ada beberapa group berkaitan dengan Bitcoin dan legacy market kau boleh join. Either nak bertanya soalan, bertukar pendapat, nak shitpost, etc, sila join: ~/notas/trading-groups-channels/

Terima kasih kerana membaca dan support melalui iklan-iklan tadi. Really appreciate it. Apa-apa masalah dengan post ni roger. Dah mengantuk ni.


Arkib berita

UPDATE: (23 October 2019) — Deposit has been re-enabled "The Securities Commission (SC) of Malaysia has given full approval to Luno’s application to operate as a Recognized Market Operator (Digital Asset Exchange). Luno is the first cryptocurrency exchange in Malaysia to receive this approval." — Source | Luno | Screenshot
UPDATE: (5 June 2019) — A new hope "Following the finalisation of the regulatory framework for crypto exchanges in Malaysia, Securities Commission Malaysia announced today that it has registered 3 recognised market operators to establish and operate digital asset exchanges in Malaysia." — Source | Screenshot
UPDATE: (7 May 2018) — Withdrawals only "Luno recently reactivated Malaysia withdrawal functionality, allowing customers to submit new withdrawal requests as of 23 April 2018. We have also started processing all new requests since 2 May 2018." — Blog post | Email screenshot
UPDATE: (25 Apr 2018) "We have reactivated Malaysia withdrawal functionality, allowing customers to submit new withdrawal requests from now onwards. We will start processing all new requests from 2 May 2018" — Source
NOTICE: (22 Dec 2017) Luno sekarang ada masalah dengan deposit dari bank dan withdrawal ke bank. Baca sini untuk update. Tengok gambar ni jugak dari Luno app. Hati-hati kalau nak mendeposit atau withdraw.