Kembali ke Indeks

Detox Sosial Media

A repost.

Permulaan #

Dah berapa lama dah aku initiate experiment ni; dari kiraan duration aku, sejak 10/9/2015. Informasi yang masuk dalam kepala otak aku ni sangat overwhelming membuatkan aku fikir untuk berhenti daripada involve dalam dunia internet buat seketika. Well, tak juga. Lihat pada updates yang aku tulis setiap berkala tu, ada je aku masuk balik account account social media aku semua sebab aku bosan. Ada lah dalam 30 hari aku laksanakan projek ni. Dan ia berjaya. It really does make you more focus on doing the things that matter to you. Sekarang dah terlebih 30 hari, dan aku masih melakukan nya, cuma pattern nya tak perfect lah. Ada kala aku install app social media, bila dah rasa bosan, uninstall balik. Jadi kat situ wujud ketidak-konsisten objektif aku. Sekarang, aku tekad nak keluar dari social media (dengan bersyarat). Sekarang juga aku nak tulis panjang lebar dari awal sampai akhir, kenapa aku nak buat, apa objektif aku, dan apakah syarat yang aku cakap tu. Pertama sekali aku nak mula dengan kenapa, in the first place aku nak mula kan inisiatif resigning dalam dunia social network.

First of all, aku ni bukan sesiapa pun. Takde orang kisah pasal aku dalam internet. Bukan lah artis ke, wartawan ke. Cuma normal netizen yang menjalankan kehidupan biasa macam orang lain; update status twitter, post gambar dalam instagram, check facebook etc. Dulu dulu ye la kot aku seronok dengan benda benda ni. Aku ingat lagi zaman Friendster, Yahoo Messenger, MSN Messenger, IRC etc, aku agak aktif mengupload gambar, chatting apa semua. Tapi sekarang aku dah rasa bosan dengan semua ni. Macam dulu aku tak kisah orang judge aku macam mana, but still aku keep it low. Mengimbas balik kenangan Friendster dulu, zaman di mana perkataan selfie belum wujud lagi (fun fact: cam whore was the word), zaman di mana camera belum canggih dan proses nak transfer gambar yang payah, also selfie ala emo kamera 80 degree ke atas – buat aku rasa malu dengan diri aku. Mujur aku dah buang semua gambar tu. Tapi kalau masih ada lagi bagus sebenarnya. Malu bukan sebab apa, sebab aku tak percaya yang aku macam tu dulu. Nak compare kan dengan diri aku sekarang, aku lebih suka menyendiri dan tak suka lagi dah nak tunjuk kehidupan aku dekat internet. Aku cuma taktahu kenapa dan sejak bila turning point ni berlaku. Mungkin salah satu sebab ialah doctrine society kita pasal “social media membahayakan well-being” camtu kot. Tapi it makes sense kot. Kejap lagi aku cerita apa aku fikir pasal tu.

Penafian #

Bukan lah nak cakap Instagram ni benda buruk pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan ke apa. Banyak benda awesome terjadi dengan kewujudan aplikasi ni. Excerpt dari Jon dari blog post Medium dia:

Instagram can be awesome. If you’re not over-doing it, it really can be inspiring, artistic, creative, a visual wonderland of cool stuff. It can introduce you to great ideas, and make you laugh, and make you get off your ass and fight for what you want. But it’s not going to do that if you can’t set a limit on it.

Well said, there. Instagram (or other social media) actually dah bagi ruang untuk kita bebas bersuara. Jadi tak salah pun nak pakai benda benda ni untuk tujuan kebaikan. Ia hanya bergantung kepada diri sendiri samada nak layan atau tidak. Aku ada tanya member aku pasal ni, dia cakap dia pun pernah rasa macam comparing hidup dia dengan apa yang ada dalam internet, tapi kita percaya dengan prinsip nobody’s perfect. Kebanyakkan orang takde lah obses sangat bila scrolling through feeds.

Also, general write-up ni aku tulis purely based on my opinion.

Pelan nya #

Masa first initiate projek ni, aku ada set syarat untuk mana network yang aku nak get rid of. First few months was real good. So, ni semua syarat yang aku buat:

Blacklist Semi-allowed
instagram youtube
facebook pocket
twitter stumbleupon
hackernews reddit
newsstand
emails (ignore media/news)
4chan
porn sites

Aku even letak email dalam blacklist, sebab aku ada banyak subscribe dari website/blog yang aku minat macam Futurism, Medium, Aeon, Android Authority etc, tanpa memikirkan consequence nya terhadap produktiviti aku. Aku cuma baca mana yang penting je, something yang berkaitan dengan kerja aku macam Github Explore dengan Android Weekly. Apa apa selain tu aku move ke label yang aku nama kan “Notes”, untuk future reading. Tapi tak juga baca. Dah sampai masa nya aku delete juga semua ‘future reading’ tu. Kenapa tak unsubscribe aje benda benda tu? Sebab aku FOMO.

Untuk semi-allowed ni, aku force-disciplined diri aku untuk tengok or baca benda yang educational aje. Contoh nya, dalam Youtube, takde nak buang masa tengok prank or some bullshit picking up girls in the hood videos yang boleh buat kau tak hargai masa. Porn sites? Yeah. I’m normal as f***. I watch porn #guiltyascharged #theuglytruth. Okay, dah cukup. Untuk Facebook dan Twitter, aku cuma tukar random password aje kepada something yang aku takkan boleh ingat. Aku guna md5 hash generator untuk generate password baru. Then move on with my life. Nak reset kena reset via email, which is something yang aku paling malas nak buat.

Objektif #

Aku buat benda ni ada objektif nya. Tbh memang aku buat suka suka untuk experiment purpose. Tapi it seems like its working, why not aku teruskan je. One of the reason yang aku boleh fikir sekarang ialah aku nak focus buat benda yang penting. Well, kau tahu lah bila masuk social media, macam macam info kau dapat. Overwhelm kepala otak kau je nak sibuk hal orang lain, especially pasal politics. Gossip aku tak layan sangat dan most of gossip article ni clickbait. Jadi aku tak jatuh pada tu. Some minor reason mungkin nak lawan ADHD kot. Aku tak tahu lah aku ni ada disorder tu ke tak, tapi masa aku research pasal kenapa seseorang tu takleh nak focus buat satu benda ialah kerana one of the symptom is ADHD :( Member aku suggest ambil ritalin tapi, meh, aku boleh diy kot nak fix benda ni haha. But yeah, aku easily distracted dengan benda yang sekecil atom tiba-tiba lalu depan aku. Also, the general reason is not to waste time scrolling through people’s life. No, no. It triggers my inferiority complex real hard lol. Semua orang ada insecurity, this is one of mine and lantaklah aku dah malas fikir.

Coming back #

M-mungkin. Tapi bukan dalam masa terdekat. Aku ada setup new account (@0x61696d616e) just for the sake of that username. Yes, username dalam hexadecimal is super cool dan hip, dan aku rasa aku patut park username tu dulu sebelum ada orang ambil, which aku rasa takkan ada orang ambil dalam masa 1 abad lagi. Sebab siapa nak username yang susah orang nak cari toplel.

Kenapa #

Sebab, why not? Shame on you for being insecure.

The rant #

Bullshit tiem!

Aku mungkin ada ADHD, which is a chronic condition marked by persistent inattention, hyperactivity, and sometimes impulsivity. Aku salahkan diri aku pasal ni sebab terlalu banyak absorb information tanpa meragui apa apa tindak balas yang aku akan hadapi nanti. Aku rasa aku takde pun benda ni dulu. Mungkin ia developed as I’m growing up? /shrug. Disebabkan aku banyak absorb info, buat aku nak cuba semua benda yang aku baca. Dari situ aku develop satu sense of interest which turns into a hobby. Banyak benda dalam kepala otak aku ni yang aku nak buat tapi tak buat buat. Knowledge dah ada, tapi tak pernah nak execute pun. Biasa lah, dah buat beberapa hari, tiba-tiba distracted dengan benda lain. f*** me.

Satu benda yang selalu bermain dalam minda aku, aku tak faham keperluan untuk kau tunjuk kehidupan kau dalam internet. I may be introverted tapi benda ni dah bugging aku agak lama. Sampai aku kena keluarkan diri aku dari social media life. Kesian, kena halau oleh minda dia sendiri topkek.

Satu lagi aku nampak Instagram ni hanya lah tempat untuk niche yang general. Macam selfies, makanan, travelling, smules etc. Ia bukan satu tempat untuk specific niche macam, macam mana kau nak dapatkan komen yang constructive untuk inovasi baru kau or even get a respect for it. Seriously, nobody gives f*** to something so complex. Manusia ni suka tengok benda luaran je, senang, cepat dan simple. Diaorang tak suka fikir dalam dalam tentang sesuatu benda. I mean what’s life kan kalau tak enjoy hijabster cantik dekat Instagram walaupun kau tahu kau takkan dapat kahwin dengan dia lol.

So, aku rasa Instagram is not really my place. I don’t selfie (maybe not, yet). I just don’t get why people love to share their life to the world. Unless kau ada buat satu benda cool and nak exposure, then okay lah kot. But selfies, f*** no. Mungkin kalau kau buat bisnes takpe lah jugak. Jual tudung ke, jual buku ke, nak advertise dengan muka kau takpe juga sebab ada lah hasil yang kau dapat nanti. So kat situ takde reason untuk aku ada Instagram just to waste time scrolling and like and get likes.

Also, people nowadays suka tengok nombor yang berkepul kepul banyak. Failed evolutionary process ke ni? Lagi banyak likes kau dapat lagi kau suka. Like, what the f*** happened to our mind. Numbers dah psycho kita kaw kaw, aku tak terkecuali tbh. Likes tu mungkin social construct yang f***ed up kot. Also, social media ni dah jadi macam kilang develop orang famous. Nak skim cepat famous (dan kaya)? Guna lah social media lol. Jadi kat mana nak tunjuk ke-terror-an kau kalau ada specific interest? Forum or some IRC channel related to your niche.

Fear of missing out #

Kau tengok, aku dah beberapa minggu takde Instagram ni, even Twitter dan Facebook pun aku dah tak tengok on daily basis. The world doesn’t stop spinning kalau kau stop tengok benda benda mengarut ni pun. So, fear of missing out (FOMO) doesn’t apply well in this case. You can get news from other sources which are more legit and concise. Aku ingat dulu masa PRU13 aku follow banyak political group dekat Facebook. Information yang aku absorbed, perghhhh, pening kepala doh nak fikir. Sekarang dah unfollow semua, yang selfie merepek pun semua aku dah unfriend/unfollow. Takde bagi apa apa profit dekat aku. Feels good, man tengok tiemline aku penuh dengan science shit lol.

Aku perasan juga bila aku buat tak kisah pasal isu semasa, isu tu datang sendiri dekat aku. Contoh nya, salah sorang colleague aku tanya aku samada aku ada baca pasal berita X ke tak. Aku cakap tak dengar pun. Dia kata “wow, viral kot benda tu, kenapa kau tak tau? loser doh kau haha”. No, part last tu aku exaggerate. So I went and look up for berita X. Memang benda tu viral dan that’s it, it ends there. Nothing to be serious about. Enough information aku dapat aku ciao. See, benda benda viral ni datang sendiri dekat kau unconsciously. Tapi ada syarat nya. Jangan lah buat taktau je. Ada future prediction earthquake dekat Malaysia ni pun kau tak pernah nak tahu, macam mana nak survive. Aktif aktif kan lah diri tu untuk tanya orang pasal isu semasa. Sebab bila kau tanya orang instead of scroll sendiri dekat Timeline, sebenarnya cerita dari mulut tu adalah cerita paling penting yang berlaku. So get that, absorb dengan mudah yummy.

Duration #

Start: 10/9/2015 10:40
End: 7/11/2015, 30 days (done)
Extended: Forever

Deletion countdown

Estimation: Friday, 20th May 2016 (0001hr)
Deleted: Sat, 14th May 2016 (2342hr)
Permanent account deletion link: Click here

Because f*** you, Instagram lol. Some snap shot of what lies behind that delete account permanently link, in any case my future self is revisiting this state of mind.

Goodbye, Instagram.


2019 Update #

“It’s becoming easier and easier to be social, but exceptional people are built in solitude.”
– Naval

Ini adalah sebuah update untuk Detox Sosial Media yang aku tulis tahun 2015. Apa jadi 4 tahun lepas tu? Ini adalah huraian nya.

Pertama sekali, aku tl;dr dulu apa benda Detox Sosial Media tu:

  • Dimulakan sebagai experiment untuk quit social media sebab kepala otak overwhelmed dengan informasi yang tak boleh pakai
  • 10 Sept 2015 aku mula benda ni
  • Duration yang aku set adalah 30 hari, tapi lanjutan nya sampai ke hari ini
  • Aku bukan “influencer” dan bukan juga somebody
  • Social media, bukan tempat aku
  • Blacklisted beberapa website untuk menenangkan otak (eg. Instagram, Facebook, Twitter, Hackernews, subscription email, 4chan)
  • Insecurity
  • Aku tak FOMO dengan gossip artis, tak kisah pasal 5 cara pemakanan sihat, langsung tak kisah pasal cara-cara menambahbaik hubungan intim bersama partner

Atas sebab-sebab di atas, aku mula delete account Instagram aku permanently.

Sampai satu masa tu, ada rasa bosan dan rasa macam nak share gambar gambar aku tangkap (bukan selfie) dan coping dengan alasan “nak tengok update kawan-kawan dan family”. Alasan akhir tu agak cringe sebab, kenapa tak tanya je diorang terus dalam group WhatsApp (contohnya) lol.

Lepas dah 4 tahun berlalu, 2019 pun dah nak settle ni. Aku rasa perlu kot untuk update. Macam macam benda berlaku dengan timeline social media aku selama ni.

Nak dipendekkan cerita, memang aku ada create account baru untuk Instagram. Satu je kot lepas tu aku delete balik sebab realized reason dekat atas tu masih boleh dimainkan. Selain tu aku rasa macam social media platform ni makin lama makin teruk.

Why? Sebab video ni https://www.youtube.com/watch?v=OU6CuSMzNus.

tl;dw internet scene selepas tahun 2000 (dot-com era) dah jadi semakin taik

TikTok, Instagram, Twitter, Facebook. Empat nama besar ni buat internet yang sepatutnya hanya untuk pure informasi yang genuine dah jadi macam tempat untuk manusia tayang bontot dan tetek. What the f***? I didn’t connect to my internet to look at crap posting. Tak pelik lah kenapa aku rasa macam aku tak boleh fit dalam society. Kesimpulannya, social media bukan lah tempat untuk aku hangout dalam internet.

Baru-baru ni aku pun dah delete main Facebook account aku for good (main account = account yang associated dengan nama sebenar). Sebelum ni aku kena hold Facebook ni sebab kerja aku depends dekat Developer’s API dan aku admin untuk beberapa group yang aku tak kisah pun kewujudannya. Sekarang aku dah tak kerja dengan any company, aku boleh delete dan tunjuk jari tengah keatas kezaliman Mark Zuckerberg menjual data peribadi pengguna Facebook. Bagi aku, Facebook ni aku delete lebih kepada sebab privasi informasi individu.

Jadi, mana tempat yang aku rasa aku boleh fit in dalam internet abad ke 2020 ni?

Mostly, Twitter dan Telegram. Aku mention dua platform ni sebab ia adalah major player dalam social media. Selain tu, public pseudo-anonymous forum macam Lowyat, *chan, bitcointalk, Warez-BB, Quora, Reddit, etc. Yes, aku masih main Twitter tapi dengan bersyarat. Syarat untuk aku guna Twitter adalah 1) Jangan follow lebih dari 14 orang, 2) Dedicated account based on interest, 3) Subscribe listing instead of following people.

Twitter adalah silver lining dalam pendapat aku tentang social media. Dalam satu kes, ia boleh jadi macam Instagram, dan ia juga boleh jadi tempat kau tingkatkan IQ (haha). Hence, kenapa aku hanya follow 14 orang saja. 14 adalah nombor arbitrary dan tiada maksud. Maybe sebab 14 orang ni pun dah cukup untuk aku gather information untuk benda yang aku minat(?). List feature dekat Twitter ni sangat membantu. Basically, kau just subscribe list yang ada orang orang yang kau rasa macam nak follow tapi malas nak follow. Contohnya, account berita, account influencer/artis, meme account, crypto trader moon bois, etc. Jadi kau tak perlu pun follow diorang. Following hanya memenuhkan home feed kau buat kau jadi lagi serabut.

Telegram pula bukan social media, ia lebih kepada chat messenger. Tapi kebolehan teknologi Telegram ni tak boleh ditandingi sampai aku rasa macam nak delete WhatsApp (sebab ia kepunyaan Facebook dan sebuah produk yang inferior). Telegram boleh jadi social kalau kau join group yang kau boleh aktif buat interaksi. Telegram ni ada advantage dari segi privasi iaitu tak perlu share nombor peribadi, instead cuma share username dan terus boleh “hello, nak berkenalan?”. But seriously, aku tak guna Telegram untuk randomly cari awek lol (Omegle is that way >>>). Selain dari tu, secret chat, channels, groups, hashtags, bots, games, well-documented APIs hackers can play with. It’s just perfect. Kebanyakan masa aku guna Telegram adalah untuk baca berita, sembang dalam group, speculate harga bitcoin, note taking, dan jadi pirate (warez). Semua benda ni kau boleh buat dalam Telegram kalau kau tahu macam mana caranya. Disebabkan itu, kenapa Telegram adalah lebih superior dari WhatsApp. You just gotta trust the Russians :)

Dari sini ke hadapan.

Takde apa untuk masa depan aku dengan social media, tapi WhatsApp dan Google, kau adalah mangsa aku seterusnya :smiling_devil_emoji:


Bahan bacaan lain #

Google search “Social Media Detox” or “digital detox” to read what others have thought about this.

  1. http://jasondoesstuff.com/social-media-detox/
  2. https://medium.jasondoesstuff.com/what-i-learned-from-a-30-day-social-media-detox-4e34de88f377#.rbyx8ppth
  3. https://www.dailyworth.com/posts/2660-why-you-need-a-social-media-detox
  4. https://medium.com/life-learning/instagram-is-life-porn-get-it-under-control-660257397eab#.atuvgh5yj