Kembali ke Indeks

Bitcoin - Perjalanan ke ATH

Salam COVID-19, salam sejahtera, salam normal baru 😏. Sudah 3 tahun berlalu sejak The Golden Bullrun™ 2017 dan sedekad berlalu sejak Satoshi Nakamoto mengeluarkan kertas putih yang dinamakan Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System.pdf. Aku curious nak tahu apa perubahan landskap perdagangan crypto waktu sekarang ni.

tl;dr situasi agak lengang…


Kandungan:


Di mana kita sekarang #

Waktu aku menulis ni, BTC/USD sikit lagi nak cecah $20,000 (iaitu All-Time High untuk pair BTC/USD), like literally kurang dari $1000 lagi.

weekly-chart
https://www.tradingview.com/x/7OcOs4o2

Daripada carta mingguan atas ni, kita boleh nampak perbezaan ketara dari segi volume perdagangan yang tinggi melangit tahun 2017 dengan sekarang yang sangatlah ciput. Dalam teknikal analisis, benda ni di interpretasikan sebagai signal bearish, tapi siapalah kita untuk melawan hukum fizik market bitcoin. Aku dah pelajarinya dengan cara yang sukar: jangan short bitcoin.

Kesedihan membuak-buak lagi bila kita tengok Google Trends dengan kata kunci “bitcoin”.

google

Ramai dikalangan komuniti crypto yang bingung pasal “kenapa harga naik, tapi orang tak search pasal bitcoin pun?”. Adakah mungkin peak nya belum sampai? Adakah mungkin ia baru bermula? Adakah normies dah tak kisah pasal Internet Magic Money™ kita?

Sunyi sepi #

Screenshot dibawah diambil pada awal November 2020. Awal bulan haritu, kita sedang berada paras $12k-$14k. Waktu ni seingat aku ramai gila shorts kena liquidate sebab tak sangka bitcoin boleh pecah top resistance 2019 iaitu $14k. Short squeeze mungkin?

Perbualan antara OG-OG crypto kebingungan kenapa road to ATH kali ni rasa macam tak seronok macam dulu :(

quiet_1
quiet_2
quiet_3

Tether printer go brrrr #

printer-brr

Antara benda yang menakjubkan berlaku selepas COVID-19 market crash bulan Mac lepas adalah setiap printer duit di dunia ni go brrrr demi nak selamatkan ekonomi negara masing-masing. Dengan US meluluskan bill untuk unlimited QE nya, sehingga lah baru-baru ni, ahli politik kita menyarankan untuk print lagi MYR bagi membantu memantapkan ekonomi negara. Semoga Malaysia ke arah kuasa besar dunia tidak lama lagi.

Dalam crypto, kita ada stablecoin yang acah-acah macam USD, dikenali sebagai Tether. Setakat ni sudah ~$18 Billion Tether di print. Benda ni kontroversi nak mampus, jadi tiada komen aku boleh buat ;).

tether_printer_brrr
Tether go brrr. Nomics.com

Aku ada buat senarai pasal kontroversi ni. Pakai topi tinfoil sebelum baca, sebab takut kau akan jadi skizo:

Disebabkan senarai nya panjang sangat, aku kumpulkan dekat sini.

Shitcoin pumping #

Antara perkara yang tidak berubah sejak 2017, pedagang cryptocurrency masih lagi teruja untuk membuat pembelian shitcoin. Padahal kita tahu, bitcoin sahaja yang mampu mengubah dunia ke arah yang lebih baik /s.

Investment advice: Bitcoin naik, shitcoin akan turun. Bila bitcoin turun, shitcoin juga akan turun. Guna informasi ni atas risiko sendiri.

Tangan titanium #

Dalam keperitan, duka lara pedagang crypto mengharungi bear market 2018 sampai ada yang bunuh diri, ada lah seorang mamat ni dia masih pegang lagi bitcoin yang dia beli dekat $20k dulu. Jadi, kepada sesiapa yang masih bernafas dan masih hodl stronk, tahniah diucapkan.

KYC #

Ya, KYC sudah sampai ke dunia cryptocurrency. Sebuah antithesis dikalangan pencinta bitcoin yang sepatutnya boleh digunakan secara anonymous dan global. Sudah banyak exchange yang mengamalkan KYC ni (eg. BitMEX), cuma yang KYC tu hanyalah untuk sesiapa whale yang nak main dengan duit yang banyak dan untuk yang jenis nak trade guna matawang USD.

Baru-baru ni, Coinbase CEO, Brian Armstrong ada tweet tentang khabar angin regulasi non-custodial wallet di US:

Ini bagi aku ada dua maksud, samada kerajaan telah melutut kepada cryptocurrency — secara efektifnya, menggunakannya dalam sistem kewangan masa depan, atau anonymity dalam cryptocurrency sudah mati… kecuali Ripple.

Pembelian institusi #

Masihkah kau ingat, suatu ketika dahulu, kita mengimpikan wang institusi untuk masuk ke market cryptocurrency? Kini waktu nya telah tiba.

Tahun 2020, dengan MicroStrategy ($MSTR) yang menduduki tangga teratas dalam senarai pemegang bitcoin paling banyak setakat ni dalam kategori public listed company. CEO nya, Michael Saylor yang dulu seorang mega-bear, kini telah berubah menjadi permabull dalam bitcoin. Member ni beli waktu bitcoin sideways dekat $10k-$11k ke apa, aku tak ingat. Lepas dia announce pembelian dia dekat Twitter, semua company lain pun macam, “ek eleh, aku pun ada beli jugak”.

Maka, wujud lah senarai di bawah:

Site: https://bitcointreasuries.org/

treasury

Ramai lagi orang yang convert dari bear ke bull, bull ke bear, malas aku nak cari sumbernya. Tapi, persoalannya, kalau mereka semua ni dump bag bitcoin yang mereka pegang ni untuk take profit? Atau, suatu hari nanti, Satoshi sendiri menggerakkan bitcoin dari wallet nya? Hehe, gg dot com bro.

Dalam dunia precious metal pula, Peter Schiff, seorang permabull emas ($XAUUSD), masih lagi menyimbah taik ke arah bitcoin lol.

tl;dr #

Kesimpulannya, banyak benda telah berlaku sejak sedekad lalu dalam dunia cryptocurrency. Ia sememangnya sebuah teknologi yang mampu membengkokkan sistem kewangan tradisional yang kita ada sekarang. Tidak boleh disangkal lagi bahawa kewujudan e-wallet baru dimana-mana, sudah mengamalkan sistem digital token (eg. ShopeePay, Lazada Wallet, Boost Coins, etc).

Ini bukan lagi kisah tentang “berapa harga bitcoin dalam [insert fiat currency] harini bro? Dah kaya lom? Bila nak belanja lambo sebijik?”, malah ia lebih kepada kisah tentang pembentukkan sejarah teknologi kewangan dan perbankan pasca-2020. Kita tengok apa akan jadi dengan geopolitik dan ekonomi dunia selepas peperangan dengan COVID-19 ini berakhir. Kerana sudah beberapa tahun aku dalam ruangan crypto ni, tahi ini kian menjadi lebih menarik.

Semoga diberkati. #TheGreatReset #BuildBackBetter #ISO20022