Kembali ke Indeks

Analisis Teknikal

                _____||______
        ||      ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||         ||                
    ||||||||||| ||_________||                
        ||           ||
                                                                                
  > https://t.me/chartstash_pub                                                     

Kandungan

Gerak Harga #

“Sejarah tidak berulang, tetapi ia beritma.” — Markus T. Zuckerson

Gerak harga atau Price action kalau kau orang Bukit Damansara.

Dalam setiap trade, ada penjual dan pembeli. Kalau kita tengok candlestick tu hijau, itu tak semestinya price meningkat sahaja, tetapi ada penjual yang sanggup menjual pada harga yang tinggi DAN ada pembeli yang sanggup beli harga yang tinggi itu (dengan market buy/sell). Kalau kau rasa harga bitcoin dah terlalu tinggi dan kau pelik, ada ke orang nak beli dengan harga tinggi tu? Semestinya, ada. Itu pasal harga naik. Kalau takde pembeli, takde dia nak naik. Sama juga disebaliknya. Setiap harga jatuh, mesti juga ada pembeli dan penjual.

Kita kena faham juga bahawa setiap trader melihat banyak jenis timeframe. Ada yang melihat carta 1 minit, ada yang 1 jam, ada juga 1 hari, dan ada juga 12 bulan. Itu semua bergantung kepada time preference seseorang trader tersebut. Seseorang trader yang ingin berdagang intraday mungkin hanya melihat timeframe bawah dari 1 hari (4 jam, 2 jam, 15 minit, etc.). Seseorang yang time preference nya rendah (kebiasaannya long term investor) memerlukan pandangan timeframe yang tinggi iaitu lebih dari 1 hari. Ini kerana setiap timeframe terdapat cerita yang tersendiri tentang trajektori harga yang ditujui – menaik atau menurun.

Kesemua kenyataan di atas boleh disimpulkan sebagai satu gabungan perspektif antara trader yang terlibat dalam sebuah market. Iaitu pergerakan harga itu adalah gabungan perspektif trader-trader seluruh dunia, pada setiap masa.

Itu belum lagi cerita pasal psikologi dan emosi seseorang trader. Sebagai manusia, emosi kita sensitif bila main dengan hal duit. Trader retail merangkumi kebanyakkan trade di dalam sebuah market. Mereka ini kebanyakkannya manusia yang punyai emosi dan perasaan yang sensitif. Setiap naik turun harga di setiap timeframe yang dia lihat, emosi pasti memain peranan dalam setiap klik yang dia buat.

Dengan formula ini, maka terhasil lah bentuk-bentuk chart dan candlestick yang kita biasa lihat di dalam trading terminal.

Mendalami ilmu analisis teknikal ini bukan lah satu hobi yang buang masa. Ada orang tak percaya pasal pembacaan carta sebab macam tak masuk akal dan tahyul. Teknikal analisis ini bagi aku adalah satu seni memahami emosi manusia di dalam market dengan membaca arah tujuan harga sesebuah market disamping mendapat keuntungan daripada nya. Okay, mungkin tak payah nak deep sangat kot. Bahasa ringkasnya, ilmu teknikal analisis adalah ilmu untuk mengehadkan risiko bila berdagang. Tak mustahil untuk menang dalam market. Tapi mustahil untuk pedagang itu menang 100%.

Candle stick

Dicipta oleh Munehisa Homma, carta lilin ni adalah satu ciptaan yang paling penting dalam dunia perdagangan matawang dan stock market. Berbeza dengan bentuk carta lain, candlestick ni boleh memuatkan empat data dalam satu plot, iaitu Open, High, Low, dan Close (OHLC).

          |       <--- high           |       <--- high
          |                           |                      } wick/shadow
      ____|____   <--- close      ____|____   <--- open
      |       |                   |       |            
      |       |                   |       |            
      |       |                   |       |            
      | hijau |                   | merah |                  } body
      |       |                   |       |             
      |       |                   |       |             
      |_______|   <--- open       |_______|   <--- close
          |                           |                 
          |                           |                 
          |       <--- low            |       <--- low  

Kalau candle tu hijau, nilai open nya adalah lebih rendah dari nilai close nya. Ini bermakna harga telah naik dalam satu candle tersebut. Begitu juga sebaliknya, merah, harga turun. Ia diikuti dengan nilai high dan low, iaitu nilai tertinggi dan terendah dalam satu candle tersebut.

Gambar dibawah adalah cara aku nak faham pergerakkan candle stick suatu ketika dulu:

candle-footprint

Sebab aku nak faham macam mana candle stick ni bergerak. Bagaimana satu candlestick tu terbentuk akibat daripada data OHLC tadi. Kalau aku sedang tengok chart 1h, aku dapat tahu macam mana bentuk candlestick untuk timeframe 1D dengan cara ni. Perkara ini berkait dengan penggunaan timeframe dalam seni pembacaan carta.

Timeframe

Aku ada cakap tadi pasal candlestick ni berkait dengan timeframe, sebab pembentukkan candle high timeframe (HTF) adalah bergantung kepada low timeframe (LTF). HTF dalam konteks ni adalah carta 1D ke atas, dan LTF adalah 1D kebawah.

inside-candle

Fractals

Fractals adalah bila kita nampak sesebuah chart pattern A tu sebiji macam chart pattern B. “sama” dalam konteks ni adalah gerak harganya. Fractals boleh juga wujud dalam simbol yang sama, timeframe yang berbeza. Carta BTCUSD banyak ada fractals ni, sebab orang nak hopium kan, bitcoin maximalist ni biasanya akan refer pattern yang lama dekat pattern yang sekarang.

Ada orang guna fractals ni sebagai penentuan bias dia, sebab pattern tu pernah berlaku, ada kebarangkalian untuk dia jadi lagi. Ikutlah risiko masing-masing, aku bukan penasihat kewangan.

fractals

Sumber: newsbtc.com

Nota peringatan:

Past results are not indicative of future performance.

Sensitiviti timeframe

Timeframe ada sensitiviti tertentu. Bila harga sampai ke level OHLC previous month (contohnya), kebiasaannya akan ada reaksi di level tersebut. Sensitiviti untuk candle HTF adalah lebih tinggi daripada LTF, terutamanya timeframe 1W ke atas. Aku panggil “sensitiviti” sebab dia macam sensitif dekat sesebuah area tu. Mungkin kau panggil benda ni “order block”, tapi lantaklah. Aku guna benda ni untuk tentukan entry atau exit. Contoh untuk entry adalah bila harga jatuh ke arah level Open untuk previous month. Situ confirm ada reaksi. Atau kalau nak exit, mungkin boleh letak dekat High satu-satu candle HTF.

Ini terjadi kerana, level-level OHLC HTF tersebut sebenarnya adalah support/resistance jika kita zoom in carta tersebut. Jadi, “reaksi” yang aku duduk sembang tadi merujuk kepada demand atau supply yang wujud dekat level tadi.

Volume

Volume adalah indikator asas yang tertua pernah digunakan oleh trader. Daripada volume ini lah kita dapat tahu berapa banyak perdagangan telah berlaku dalam satu-satu candle tersebut, bergantung kepada timeframe yang dilihat. Jejak kaki naik turun harga sesuatu simbol terletaknya pada volume ini, kerana jika kau nampak volume tiba-tiba naik, maknanya ada sesuatu yang berlaku dibelakang tabir dan volatility mungkin akan mencanak untuk candle-candle seterusnya.

Pencanakkan volume ada dua maksud, jika harga di level resistance, volume jualan mungkin akan mencanak naik. Sebaliknya di support, volume belian akan nampak meningkat, menandakan telah masuknya waktu untuk reversal.

apple-volume

Cara lain nak memahami volume. Sumber: @johnnie_jacks

Tenung carta setiap hari

Ini adalah nasihat yang paling berguna dalam setiap trader yang baru nak mula trading. Ia bagaikan “hack” untuk memahami sesebuah market tu dengan cara yang cepat. Cara paling senang nak gunakan tips ni adalah dengan melihat carta 1 minit dan tulis nota tentang pergerakkan candle stick, pertukaran volume dan pergerakkan indikator pilihan. Buat benda ni setiap hari, nescaya market itu jadi milikmu. Secara amnya, tujuan melihat carta setiap hari ini adalah untuk kau sampai tahap dimana “tak tengok chart pun, aku boleh tahu ke mana ia boleh pergi”.

Indikator #

Penggunaan indikator ini takde lah special sangat. Ia hanyalah sebuah alat yang membantu kita dalam memahami apa yang sedang berlaku dalam sesebuah chart. Tanpa indikator ni, ambil masa sikit untuk faham pergerakan harga dalam chart. Nak kena trace dari awal sampai lah ke hujung untuk faham kenapa market tersebut naik tiba-tiba, turun tiba-tiba. Tapi dengan indikator, kita boleh tengok sekilas pandang dan dapat mengolah sendiri apa yang terjadi dibelakang tabir.

Ada orang tak suka guna indikator sebab buat chart kotor, bersepah, dan tak berapa accurate. Mind you, kebanyakkan indikator adalah jenis lagging, maksudnya ia tak boleh predict masa depan. Aku setuju dengan tu. Bagi aku, less is more. Penggunaan indikator ni juga bertujuan untuk menentukan bias kita. Guna 2-3 indikator cukuplah untuk konfirmkan bias. Tak perlu indikator yang kompleks, asal bersih dan kita faham macam mana ia berfungsi.

Harus juga aku tekan kan, bila kita nak belajar sesebuah indikator tu, kita kena faham juga sejarah pembikinannya, terutamanya kenapa orang menciptanya. Faham kan sains dibelakangnya. Setiap indikator ada formula matematiknya tersendiri. Fahamkan kenapa formula tersebut dicipta. Dengan cara ni kita ada kulit di dalam permainan tentang indikator tersebut. Kita pakai indikator bukan sebab orang lain pakai atau ia nampak cool dan intelligent, kita pakai sebab kita nak tahu tindakan apa perlu kita buat untuk entry atau exit.

Indikator yang selalu aku guna:

1. Relative Strength Index (RSI)

  • Length: 14
  • Untuk lihat kekuatan dan kelemahan belian dan jualan
  • Untuk tengok divergence harga

2. Tom DeMark Sequential (TD9)

  • Candle strength/exhaustion period

3. Ichimoku Cloud

4. Exponential/Standard Moving Averages (E/SMA)

  • Length: 9, 21, 50, 100, 150, 200, 300

5. Support/Resistance

  • Daily/weekly/yearly OHLC
  • Order block, liquidity pool, orderbook heatmap
  • Fibonacci levels (0.5, 0.618, 1.618, etc.)

tl;dr tak kisah lah nak guna indikator apa, asalkan kau faham tujuan indikator tu, tahu cara nak gunanya dan paling penting: ia profitable bagi kau.

Corak Carta #

Macam aku cakap dalam seksyen atas tadi, gabungan perspektif emosi manusia membentuk carta harga. Sebagai manusia kita sering melihat sesuatu bentuk dan associate nya sebuah pattern dan memberi nama kepadanya. ~100 tahun sudah berlalu sejak candlestick chart dicipta. Sudah ramai orang, amatur dan pro, yang sudah berkecimpung dalam bidang perdagangan. Maka terhasil lah corak dalam carta atau, chart patterns.

Ia diberikan nama tertentu disebabkan corak gerak harga ini berulang-ulang, dan wujud di semua jenis market. Penggunaan corak carta untuk menentukan entry/exit sesebuah trade ni memerlukan kepakaran juga. Ada orang nampak sesebuah pattern, terus entry. Ada juga orang yang tunggu sesebuah pattern itu valid atau invalidate sebelum membuat entry/exit.

Kesimpulan yang aku dapat buat dalam menggunakan corak carta ni, kita kena pastikan bias kita dengan penggunaan indikator dan pemahaman sesebuah market itu juga. Kadang-kadang penampakkan head and shoulder yang obvious di mata semua trader diseluruh dunia, semua orang mahu short sell chart tersebut, tetapi apa yang terjadi adalah ia di invalidate dan menipu short seller tadi.

Aku guna chart pattern ni kalau aku nak tahu kebarangkalian pattern itu akan dimainkan. Berikut adalah beberapa chart pattern yang aku biasa tengok dalam sesebuah chart:

  • Three-drives harmonic patterns
  • Triangle meme (continuation/reversal)
  • Wyckoff accumulation/distribution
  • Head & shoulder
  • Adam & eve
  • Cup & handle
  • Parabolic break
  • Blow-off top
  • Candlestick pattern (engulf, doji, etc.)

Google je lah pattern-pattern ni. Malas aku nak upload sini. Tapi aku ada maintain satu channel dalam Telegram, di mana aku kumpul nota-nota trading dari seluruh pelosok interwebs: Traders’ Notebook.

Urusan Risiko #

“Essentially risk says we don’t know what’s going to happen… We walk every moment into the unknown. There’s a range of outcomes, and we don’t know where [the actual outcome is] going to fall within the range. Often we don’t know what the range is.” — Mastering the Market Cycle oleh Howard Marks

Risiko dalam trading ni takde definisi umum. Tapi bagi aku, risiko adalah capital yang sanggup kita rugi. Biasanya trader guna fungsi stop-loss (atau cut-loss) untuk mengurus risiko portfolio mereka. Ada juga meletakkan berapa % daripada balance portfolio untuk didagangkan (Contoh: 10% dari wallet untuk dimainkan). Yang penting, jangan guna seluruh simpanan hidup untuk bermain dalam market.

Lain orang, lain risiko. Sebab lain orang, ada berlainan nilai portfolio, ada berlainan risiko kehidupan (ada yang miskin, ada yang kaya, ada yang senang, ada yang susah). Ada yang main juta, ada yang main puluh ringgit sahaja. Jadi, ia susah kalau nak tiru bulat-bulat pengurusan risiko orang lain.

Tapi apa yang kita boleh buat adalah dengan menggunakan peraturan umum iaitu, jangan rugi lebih dari 1-2% dari baki portfolio kita. Kalau nak take profit pun, kalau boleh setkan target juga. Target tu boleh jadi 10 USD setiap trade, atau 10% setiap trade atau 10 pips untuk setiap trade bagi yang main forex tu.

Dibawah adalah beberapa quote motivasi dari aku:

Ingatlah bahawa rezeki di dalam pasaran perdagangan ini tiada penghujungnya, selagi kau ada duit dan ilmu untuk berdagang.

Cut-loss harini, esok cuba lagi.

Dalam 100 trade, mungkin menang salah satu.

Bersyukur dan elakkan riak, udjub dan takabur.

1 prayer 🙏 = 1 green candle 🟢🕯

Pelan dan Strategi #

indikator        ----------\
                            +
corak carta        ----------+
                              +-------> pelan & strategi
analisis volume    ----------+
                            +
urusan risiko    ----------/

Dengan berbekalkan ilmu menggunakan indikator, membaca chart pattern, analisis volume dan risk assessment, trader boleh mengatur strategi nya sendiri. Strategi dibina untuk senang kita ikut setiap kali kita mahu memasuki sebuah trade. Dalam erti kata lain, ia sebuah pelan tindakan untuk entry dan exit sebuah trade.

Bergantung kepada trader tersebut, strategi tidak semestinya tetap pada satu. Tetapi disarankan kepada trader baru untuk bina satu strategi dan disiplinkan diri untuk menggunanya sampai bosan.

Contoh: Ada seorang mamat ni guna 3 indikator – pivot point, VWAP dan Stoch RSI. Bila semua kondisi untuk entry long dikenalpasti oleh indikator tersebut, maka selamatlah untuk masuk trade. Begitu juga sebaliknya, kalau kondisi untuk short dikenalpasti, maka short lah stock tersebut tanpa melihat apa-apa berita.

Bila dah mahir dalam bab pelan dan strategi ni, analisis fundamental boleh tolak tepi, sebab semua yang berlaku ada tertulis dalam carta.

Ekstra #

Trading Edge #

“Every profitable trader has learned that he or she must possess their own “edge” that enables them to regularly extract money from the market place. For a trader to have an “edge,” he or she must have an accurate perception of the market that is also unique. The applied definition of a trader with an “edge” is a trader with an accurate perception of the market place that differs from other trader’s perceptions. The converse of this argument is that if all of the other traders have or get the same perception of the market, the trading “edge” will quickly disappear.”
— RSI: The Complete Guide oleh John Hayden

Petikan dari buku RSI: The Complete Guide oleh John Hayden, mendefinisikan “trading edge” sebagai sesuatu pengetahuan yang unik oleh seseorang trader. Orang forex panggil benda ni “holy grail” – sekurang-kurangnya dari situ lah pertama kali aku dengar perkataan tu. Ia sesuatu yang hanya seseorang trader tu je tahu macam mana nak cari profitable setup dalam trade dia, dan kadang-kadang dia tak boleh nak explain macam mana dia boleh dapat ilmu tu. Firasat, mungkin? Atau pengalaman yang mengajar dia. Ia macam kau drive kereta, secara subconscious nya, kau tahu bila kau akan isi minyak lepas ni. Begitulah perasaan orang yang ada “edge” ni.

Perdagangan Algoritma #

Bagi aku, perdagangan algoritma ini sesuai untuk orang yang sudah memahami dan mendalami sesebuah market, seseorang yang dah meluangkan masa yang agak lama dalam sesebuah market. Ini kerana perdagangan automasi hanya bergantung kepada bahasa komputer untuk melaksanakan apa yang disuruh seseorang trader. Trader itu haruslah faham tentang gerak harga sesebuah market, matematik dibelakang indikator, kebarangkalian corak carta, dan paling penting urusan risiko, sebelum dia memulakan perdagangan menggunakan robot.

Dengan kata mudahnya, perdagangan algoritma ini adalah dengan menukar pelan dan strategi manual tadi, kepada sesuatu yang automatik. Dari nilai indikator, kepada pengurusan risiko, semua nya ditulis dalam sebuah skrip dan semua perdagangan itu dilaksanakan oleh sebuah komputer yang dijalankan 24/7 tanpa henti.

Risiko nya? Error, bugs dan strategi yang tak profitable punca kehilangan dana. Yang bestnya? Perdagangan dibuat tanpa emosi.

Contoh algoritma:

if ma cross over:
  order buy
elif ma cross under:
  order sell

Lagi kerepekkan tentang Perdagangan Algoritma.

Nota-nota trading: Traders’ Notebook